top of page

LA MONIQ BEAUTY & SPA merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1965 dan telah ditubuhkan pada tahun 2012. Syarikat ini beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan profesional serta pusat latihan dan pusat peperiksaan dalam pelbagai bidang termasuk kecantikan, kesihatan, terapi, spa dan estetik, pentadbiran pejabat serta pembangunan kepimpinan korporat.

 

LA MONIQ BEAUTY & SPA menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti penjagaan ibu selepas bersalin, urutan biasa dan terapeutik, urutan terapi sukan, perkhidmatan salun rambut, rawatan bekam, spa dan estetik. Selain itu, syarikat turut menyediakan perkhidmatan pentadbiran pejabat serta latihan dan pembangunan kepimpinan korporat untuk individu dan organisasi. Sebahagian perkhidmatan disediakan secara bergerak (mobile), di mana tenaga kerja profesional kami hadir terus ke rumah atau lokasi pelanggan bagi memastikan kemudahan, keselesaan dan perkhidmatan yang lebih berfokus.

 

Di samping perkhidmatan profesional, LA MONIQ BEAUTY & SPA juga berperanan sebagai pusat latihan amali dan pembangunan kompetensi yang menawarkan kursus, bengkel serta program latihan berstruktur. Program-program ini dirangka untuk meningkatkan pengetahuan teori, kemahiran praktikal, kecekapan profesional, keupayaan pentadbiran pejabat dan keberkesanan kepimpinan korporat. Peserta akan dibimbing sehingga ke peringkat peperiksaan dan layak memperoleh pengiktirafan profesional melalui Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Melalui pendekatan latihan menyeluruh dan perkhidmatan berkualiti, LA MONIQ BEAUTY & SPA komited membantu individu dan organisasi meningkatkan kemahiran, membina kerjaya, memperoleh pensijilan profesional serta memperkasakan potensi diri dalam pelbagai bidang berkaitan.

Pengasas : Puan Nuryati Munika Binti Sulaiman

Siapa Beliau ?

Nuryati Munika  Sulaiman mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kecantikan, kesihatan, dan terapi, termasuk penjagaan wanita selepas bersalin, urutan terapeutik dan sukan, rawatan wajah, serta khidmat kejurulatihan dan tenaga pengajar. Beliau memulakan kerjaya sebagai Pengurus Pejabat Korporat pada tahun 1989, memiliki Master in Business Administration, Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia, dan beberapa pengiktirafan sijil sebelum menceburi bidang terapi kesihatan melalui kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan kerajaan.

Nuryati merupakan tenaga pengajar bertauliah dan jurulatih yang memiliki sijil Vocational Training Officer (VTO), Diploma TVET-i, Train The Trainer, serta pelbagai sijil kelayakan lain daripada agensi kerajaan termasuk dari Kementerian Sumber Manusia, LPPKN, KKM, MARA, IKBN, Kolej Komuniti, UTM, dan UKM.

Beliau juga dilantik sebagai Pakar Industri Negara, menilai kompetensi calon yang ingin memperoleh sijil kemahiran. Melalui perniagaannya, La Moniq Beauty & Spa, Nuryati telah menganjurkan lebih 20 kursus dan bengkel, melahirkan ramai wanita dan individu berkemahiran tinggi, dan pernah dianugerahkan Usahawan Cemerlang dalam konvokesyen perantis.

Dengan sikap rendah diri dan komitmen tinggi, beliau terus menyumbang kepada pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, mempromosi dan memperkasakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam masyarakat.

gambar profile 1_edited.jpg

Perniagaan Semasa

Services

Perkhidmatan Kami

Follow Us

bottom of page